Thursday, 14 July 2011

SOLAT TIANG AGAMA

Firman Allah, maksudnya: “ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)

Tapi, kenapa masih ada orang yang solat 5 waktu seharian ni masih melakukan perbuatan keji dan mungkar? Salah satunya mestilah solat tu tak khusyuk, nak dapat khusyuk dlam solat ni memang payah, tapi berusahalah sebaik mungkin untuk membaiki mutu solat.

Sehari kita solat 5 waktu(yang wajib), ada 17 rakaat, setiap rakaat wajib baca surah Fatihah, maknanya 17 kali baca fatihah, tapi berapa ramai yang faham maksud disebalik surah al fatihah ni? Memanglah kita kena baca al fatihah dalam arab ketika solat, tapi kita kena paham jugak makna setiap ungkapan dalam surah tersebut, kalau tak paham sama la kita dengan orang-orang yang nyanyi dan hafal lagu hindustan, tapi tak tahu pun maknanya.Kan?

Jadi, apa kata kita tengok sikit tafsir al Fatihah dalam bahasa melayu(untuk yang tak pernah belajar bahasa arab) supaya kita tahu setiap ayat dan bacaan yang kita buat sebanyak 17 kali seharian ini. Bukan banyak pun kalau nak dibandingkan dengan lirik lagu hindustan tu, cuma 7 ayat pendek je, semua orang boleh ingat ni. Sekurang-kurangnya bleh tambah sikit khusyuk ketika solat.

________________________________________​________________


TERJEMAHAN SURAH AL-FATIHAH


[1]DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.


[2] SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM.


[3] YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.


[4] YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN (AKHIRAT)


[5] ENGKAU SAHAJA YANG LAYAK KAMI SEMBAH, DAN KEPADA ENGKAU JUA LAH KAMI MEMOHON PERTOLONGAN.


[6] TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS


[7] IAITU JALAN ORANG-ORANG YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MEREKA,BUKAN JALAN ORANG-ORANG YANG ENGKAU MURKA, DAN BUKAN PULA (JALAN) ORANG-ORANG YANG SESAT.

________________________________________​_______________


Surah ini mengandungi kombinasi puji-pujian kepada Tuhan dan doa kepada-NYA, kerana kepada-NYA lah kita berharap dan memohon pertolongan.
Kita mengaminkan doa ini, iaitu memohon supaya ALLAH membimbing kita ke jalan yg diredhai dan juga dipelihara dari jalan yang dimurkai-NYA.


"Sesungguhna ada seseorang yang bersolat pada waktu malam. Apabila pagi dia pula mencuri." Rasulullah saw menjawab, "Sesungguhnya apa yang dibaca(solat) itu akan mencegahnya."
[Ahmad bin Hanbal, Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, Muassasah Qurtubah, Qahirah jil. 2, hlmn, 47, no. hadith :9777. Gihukum sahih oleh Syuib al-Arnaut]